Monday 4 February 2013 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

SAMARAHAN JUARA KESELURUHAN !!!


MSS Bahagian Samarahan telah menghantar pasukan untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa MSS Sarawak bagi semua kategori iaitu L / P 12, L / P 15 dan L / P 18 TKB yang telah diadakan pada 2 Februari 2013 di Sri Aman . Seramai 48 orang peserta dan 18 orang pegawai telah mewakili MSS Bahagian Samarahan dalan kejohanan tersebut.




MSS Bahagian Samarahan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah meraih Johan L15 dan L12, Naib Johan L18, P18 dan P12 serta tempat Ketiga P15.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan setinggi -  tinggi penghargaan diucapkan atas komitmen semua guru - guru dalam memastikan peserta - peserta mendapat latihan intensif yang berkesan seterusnya melahirkan atlet yang berkualiti.

PERTANDINGAN KOMPANG & FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN





SK JAIE - KOSMO! 06.11.2012

Pasukan SMK Kota Samarahan dan SK Jaie telah membawa cabaran Sarawak ke Pertandingan Paluan Kompang & Formasi Sekolah – Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 di Kuala Lumpur pada 05 November 2012.

               Syukur ke hadratNya kerana SMK Kota Samarahan telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menengah. Kejayaan tersebut telah mengharumkan nama Sarawak , dan Samarahan secara khasnya. Kami berasa bangga dengan pencapaian tersebut dan mengucapkan tahniah kepada SMK Kota Samarahan di atas komitmen yang telah diberikan. Kepada SK Jaie pula, usah bersedih, adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Semoga pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan di peringkat kebangsaan akan menjadi panduan untuk menyertai pertandingan yang lain kelak. Diharapkan agar pada masa akan datang, Kontinjen Sarawak akan mengekalkan kejuaraan dan meningkatkan prestasi serta mutu persembahan.

               TAHNIAH & SYABAS… MENJULANGI SAMARAHAN !!!!

KEJOHANAN PING PONG MSS SARAWAK 2013

Wakil  Pasukan Ping Pong MSS Sarawak

Pada awal tahun ini, MSS Bahagian Samarahan telah diberi kepercayaan dan penghormatan untuk mengelolakan Kejohanan Ping Pong MSS Sarawak. Kejohanan tersebut telah dijalankan dengan jayanya pada 28 - 30 Januari 2013 di Stadium Tertutup, Samarahan.

Juara Keseluruhan - MSS Bahagian Kuching
Sebanyak 6 kontinjen telah menyertai kejohanan tersebut iaitu MSS Bahagian Samarahan, MSS Bahagian Kuching, MSS Bahagian Miri, MSS Bahagian Bintulu, MSS Bahagian Sibu dan MSS Bahagian Sarikei. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 108 orang peserta dan 41 orang pegawai.

Secara keseluruhan, MSS Bahagian Kuching telah mengungguli kejohanan tersebut. MSS Bahagian Samarahan berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Lelaki 12 TKB. Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut mengikut kategori yang dipertandingkan :

KATEGORI
L18
P18
L12
P12
JOHAN
KUCHING
KUCHING
MIRI
KUCHING
NAIB JOHAN
MIRI
SIBU
KUCHING
SIBU
KETIGA
SIBU
MIRI
SIBU
MIRI
SARIKEI
BINTULU
SAMARAHAN
SARIKEI

Kami Urus Setia, di Unit Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pelajaran Daerah Serian, Pejabat Pelajaran Daerah Simunjan, Jawatankuasa Pengelola, semua Pengurus Pasukan, kontinjen - kontinjen, semua pengetua, semua guru besar dan Ahli Skuad Mesra atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan pengelolaan kejohanan tersebut.

" TERUS MENJULANGI SARAWAK, SAMARAHAN NO.1 "