Friday, 3 August 2012 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

Renang SUKBOM 2012...


Pada 07 - 08 Julai 2012, Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknikal bagi Pertandingan Renang Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) peringkat kebangsaan bertempat di Kolam Renang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Unit Sukan telah melantik beberapa orang kakitangan daripada PPD Samarahan sendiri dan sekolah - sekolah di Daerah Samarahan bagi tujuan tersebut. Kami juga telah mendapatkan khidmat bantuan daripada Kota Samarahan Amateur Swimming Association (KOTAS) sebagai Pengadil.


Walaupun terpaksa bertugas pada hujung minggu, namun semua yang terlibat telah memberi kerjasama yang baik dan komited dengan tugasan yang telah diberi. Kami daripada Unit Sukan, PPD Samarahan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat atas segala sokongan yang telah diberikan. Setinggi - tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Balai Bomba Batu Lintang yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menggalas tugas tersebut.


Selamat Hari Raya Aidilfitri....



Hari ini dah 14 Ramadhan, dah masuk fasa ke-2 bulan yang mulia... Rasanya tidak terlalu awal untuk kami di Unit Kokurikulum & Sukan PPD Samarahan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang mengenali kami... Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhirnya... Sudah lumrahnya manusia, tak lepas dari kesilapan... justeru itu, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, teremosi semasa kerja dan yang sewaktu dengannya.. Moga kerjasama antara kita akan terus utuh .. Terima kasih atas segalanya.. =)