Sunday 5 February 2012 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS SARAWAK

Pada tahun 2012, MSS Bahagian Samarahan telah diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Merentas Desa MSS Sarawak. Kejohanan ini akan diadakan pada 10 Februari 2012 di Stadium Tertutup Samarahan.

Semasa kejohanan tersebut, Majlis Pelancaran Takwim MSS Sarawak juga dijalankan dan akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Sarawak, Yang Berbahagia Encik Abdillah Bin Adam. Semua bahagian (11 bahagian) telah mengesahkan penyertaan mereka iaitu MSSB Kuching, MSSB Sri Aman, MSSB Betong, MSSB Sibu, MSSB Kapit, MSSB Bintulu, MSSB Miri, MSSB Mukah, MSSB Sarikei, MSSB Limbang dan juga tuan rumah MSSB Samarahan.

Segala perkembangan kejohanan tersebut akan dikemaskinikan kemudian.