Thursday 18 July 2013 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

BULAN KECERGASAN PERINGKAT PPD SAMARAHAN 2013


1.    LATAR BELAKANG

            Pelaksanaan Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah dijalankan mulai tahun 2007 dimana KPM berhasrat untuk melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan murid untuk menyertai aktiviti – aktiviti kecergasan seiring dengan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar KPM dalam 1Murid 1Sukan ( 1M 1S ) juga dapat dilengkapkan dan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang holistik dan produktif untuk pembangunan Negara.

Disamping itu, pelaksanaan aktiviti Bulan Kecergasan adalah sejajar dengan : -

  • Surat Pekeliling Ikhtisas ( SPI ) Bil.10/1988 : Senaman Beramai – ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai – ramai; dan
  • Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan : “ Sekolah – sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai – ramai yang melibatkan penyertaan semua murid”.
2.    KONSEP PROGRAM

             Bagi menjamin kecemerlangan modal insan, amalan gaya hidup yang sihat amat ditekankan dalam sektor pendidikan. Justeru itu, para pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari seperti pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan dan penjagaan kesihatan yang sempurna bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri.

     Bagi merealisasikan amalan gaya hidup sihat ini diteruskan, pelbagai program telah dijalankan oleh KPM termasuklah Bulan Kecergasan. Program Bulan Kecergasan Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan telah dijalankan di Kompleks Sukan Asajaya dan melibatkan sekolah – sekolah rendah dan menengah dikawasan yang berhampiran. Antara aktiviti yang dijalankan di Daerah Samarahan semasa Bulan Kecergasan ialah :
  • Senamrobik 1Murid 1Sukan
  • Pertandingan Bola Sepak Tunas Harapan       ( untuk murid Tahun 5 )
  • Pertandingan Futsal ( untuk murid sekolah  menengah )
  • Pertandingan Bola Jaring 3 on 3 ( untuk murid sekolah menengah )
  • Pameran Gaya Hidup Sihat
  • Pemeriksaan Kesihatan


3.    TARIKH / TEMPAT / MASA

Tarikh        :    02 Julai 2013
Tempat      :    Kompleks Sukan Asajaya
Masa         :    07.30 pagi


4.    JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi
En. Mohd Sharkawi Bin Ali AkbAR
 Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan 

Naib Pengerusi
                     En. Ishak Bin Hashim                        
Pengetua, SMK Asajaya 

Setiausaha         
                    En. Clement Chong                         
Pen. Penyelia Sukan, PPD Samarahan
  
Pen. Setiausaha 
                 En. Hamdan Bin Bujang                    
 PK KK, SMK Asajaya

   Ahli – ahli          
        Hj. Abg Ismawi Bin Abg Muhi         
Pengetua, SMK Sadong Hilir, Semera
                     Hj. Ahmad Bin Ayub                       
Pengetua, SMK ASajaya No.2
                      Ust. Hossen Bin Marip                     
Pengetua, SMK Pesantren ATM
                        Cik Hadiah Bt Amit                         
Pengetua, SMK Sadong Jaya
     En. Mohd Rabaai Bin Sedek
 Guru Besar, SK Sambir
                         En. Sahat Bin Yakup                        
Guru Besar, SK Asajaya Ulu
                       Hj. Marshal Bin Kipli                       
Guru Besar, SK Hj Kelali, Semera
                        En. Ahed Bin Kalok                       
Guru Besar, SK Rebak
                           En. Chai Min Nga                           
Guru Besar, SJK Chung Hua Asajaya
                  En. Mohammud Mokhtar               
Guru Besar, SK Sg Bulu / Senangeh

Jawatankuasa Kecil Pengelola

Urus Setia 
Unit Sukan, PPD Samarahan

Pendaftaran 
PA Sistem & Juru Acara
Majlis Penangguhan Rasmi
  :Guru Besar, SK Asajaya Ulu

Pertandingan & Teknikal ( Bola Jaring SMK )
 Pengetua, SMK Asajaya

Pertandingan & Teknikal ( Futsal SMK ) 
Pengetua, SMK Sadong Hilir, Semera

Petandingan & Teknikal ( Bola Sepak SK )
Guru Besar, SK Hj Kelali, Semera

Persiapan Tempat / Kemudahan 
Kebersihan / Kawalan Keselamatan
Guru Besar, SK Rebak

Peralatan
Guru Besar, SJK Chung Hua Asajaya

Pertolongan Cemas
Pengetua, SMK Pesantren ATM

Hadiah & Cenderamata
Guru Besar, SK Sg Bulu / Senangeh

Senamrobik
Pengetua, SMK Sadong Jaya

Makanan & Jamuan Ringan
Guru Besar, SK Sambir


 5.    MATLAMAT / OBJEKTIF

           Matlamat program ini adalah bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan persepsi warga pendidikan dan murid yang bukan sahaja melihat sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian.

Objektif :

  • Menarik minat, menyediakan peluang dan menggalakkan penyertaan murid untuk menyertai aktiviti – aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan bagi melahirkan murid yang cergas dan sihat.
  • Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada murid terhadap nilai – nilai positif yang terdapat di dalam aktiviti sukan dan rekreasi bagi melahirkan murid yang sihat dan cergas.
  •  Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat di kalangan murid pelbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan Negara yang yang kuat melalui aktiviti sukan.

6.    AKTIVITI PROGRAM

0730 - 0800        Pendaftaran
0800 - 0830        Senamrobik 1Murid 1Sukan
0900 - 1130        Pertandingan Bola Sepak Tunas    Harapan ( Tahun 5 )
                           Pertandingan Futsal ( Sekolah Menengah )
                           Pertandingan Bola Jaring (3 on 3)
                           Pameran Gaya Hidup Sihat
                           Pemeriksaan Kesihatan
1130 - 1200        Majlis Penangguhan Rasmi
1230                   Jamuan Ringan
                           Majlis Bersurai




                Semoga budaya bersukan dikalangan semua warga pendidikan dan murid sekolah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Aktiviti – aktiviti kecergasan dapat dipraktikkan selalu di samping memilih gaya hidup sihat, cergas dan selamat. Sesungguhnya individu yang cergas dan sihat bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi ia turut memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, organisasi dan seterusnya kepada Negara.
    Monday 4 February 2013 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

    SAMARAHAN JUARA KESELURUHAN !!!


    MSS Bahagian Samarahan telah menghantar pasukan untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa MSS Sarawak bagi semua kategori iaitu L / P 12, L / P 15 dan L / P 18 TKB yang telah diadakan pada 2 Februari 2013 di Sri Aman . Seramai 48 orang peserta dan 18 orang pegawai telah mewakili MSS Bahagian Samarahan dalan kejohanan tersebut.




    MSS Bahagian Samarahan telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan setelah meraih Johan L15 dan L12, Naib Johan L18, P18 dan P12 serta tempat Ketiga P15.

    Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan setinggi -  tinggi penghargaan diucapkan atas komitmen semua guru - guru dalam memastikan peserta - peserta mendapat latihan intensif yang berkesan seterusnya melahirkan atlet yang berkualiti.

    PERTANDINGAN KOMPANG & FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN





    SK JAIE - KOSMO! 06.11.2012

    Pasukan SMK Kota Samarahan dan SK Jaie telah membawa cabaran Sarawak ke Pertandingan Paluan Kompang & Formasi Sekolah – Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 di Kuala Lumpur pada 05 November 2012.

                   Syukur ke hadratNya kerana SMK Kota Samarahan telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menengah. Kejayaan tersebut telah mengharumkan nama Sarawak , dan Samarahan secara khasnya. Kami berasa bangga dengan pencapaian tersebut dan mengucapkan tahniah kepada SMK Kota Samarahan di atas komitmen yang telah diberikan. Kepada SK Jaie pula, usah bersedih, adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Semoga pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan di peringkat kebangsaan akan menjadi panduan untuk menyertai pertandingan yang lain kelak. Diharapkan agar pada masa akan datang, Kontinjen Sarawak akan mengekalkan kejuaraan dan meningkatkan prestasi serta mutu persembahan.

                   TAHNIAH & SYABAS… MENJULANGI SAMARAHAN !!!!

    KEJOHANAN PING PONG MSS SARAWAK 2013

    Wakil  Pasukan Ping Pong MSS Sarawak

    Pada awal tahun ini, MSS Bahagian Samarahan telah diberi kepercayaan dan penghormatan untuk mengelolakan Kejohanan Ping Pong MSS Sarawak. Kejohanan tersebut telah dijalankan dengan jayanya pada 28 - 30 Januari 2013 di Stadium Tertutup, Samarahan.

    Juara Keseluruhan - MSS Bahagian Kuching
    Sebanyak 6 kontinjen telah menyertai kejohanan tersebut iaitu MSS Bahagian Samarahan, MSS Bahagian Kuching, MSS Bahagian Miri, MSS Bahagian Bintulu, MSS Bahagian Sibu dan MSS Bahagian Sarikei. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 108 orang peserta dan 41 orang pegawai.

    Secara keseluruhan, MSS Bahagian Kuching telah mengungguli kejohanan tersebut. MSS Bahagian Samarahan berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Lelaki 12 TKB. Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut mengikut kategori yang dipertandingkan :

    KATEGORI
    L18
    P18
    L12
    P12
    JOHAN
    KUCHING
    KUCHING
    MIRI
    KUCHING
    NAIB JOHAN
    MIRI
    SIBU
    KUCHING
    SIBU
    KETIGA
    SIBU
    MIRI
    SIBU
    MIRI
    SARIKEI
    BINTULU
    SAMARAHAN
    SARIKEI

    Kami Urus Setia, di Unit Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pelajaran Daerah Serian, Pejabat Pelajaran Daerah Simunjan, Jawatankuasa Pengelola, semua Pengurus Pasukan, kontinjen - kontinjen, semua pengetua, semua guru besar dan Ahli Skuad Mesra atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan pengelolaan kejohanan tersebut.

    " TERUS MENJULANGI SARAWAK, SAMARAHAN NO.1 "

    Tuesday 7 August 2012 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

    Pesta PSKPP 2012

    Pada tahun ini, Pesta PSKPP diadakan di Limbang. Pesta tersebut berjalan selama 3 hari bermula pada 12 Julai 2012 dah tamat pada 14 Julai 2012. Kontinjen PSKPP Samarahan bertolak pada 10 Julai 2012. Memandangkan sumber kewangan yang tidak mencukupi, PSKPP Samarahan hanya menghantar beberapa pasukan untuk menyertai pesta tersebut. Antara permainan yang disertai oleh PSKPP Samarahan ialah Futsal Lelaki, Bola Sepak Senior, Bola Sepak Veteran, Badminton Campuran, Bola Tampar Wanita, Petanque, Merentas Desa, Scrabble dan Poco - poco.

    Pasukan Futsal Lelaki Cawangan Induk

    Bola Sepak

    Lantaran itu, pada tahun ini, pencapaian PSKPP Samarahan kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, PSKPP Samarahan masih mengekalkan kejuaraan bagi Pertandingan Badminton. Tahniah kepada semua. Kepada yang kalah, teruskan usaha pada tahun akan datang.

    Pasukan Badminton PSKPP Samarahan

    Dataran Jubli Emas - venue Pertandingan Poco - poco, Memasak dan Karaoke

    Pentas Karaoke & Poco - poco

    Malam Bedudun

    Monday 6 August 2012 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

    Kem 1M 1S PPD Samarahan Tahun 2012

    Unit Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan telah menganjurkan Kem 1M 1S pada 18 - 19 Julai 2012 bertempat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR), Samarahan. Kem tersebut telah dihadiri oleh 2 orang murid dan seorang guru pengiring daripada semua sekolah rendah di Daerah Samarahan.

    
    Pendaftaran peserta kem

    Pengenalan 1M 1S oleh En.Yakup Bin Kipli

    Pembahagian kumpulan untuk aktiviti luar

    Penerangan oleh JU bagi permainan badminton

    Khusyuknya.. para peserta bagi permainan bola baling mendengar penerangan yang diberi oleh En.Mohammad Bin Kassim


    Peserta bagi permainan balapan & padang

    Peserta bagi permainan bola sepak

    Peserta bagi permainan bola baling belajar cara membaling bola

    Peserta bagi permainan bola jaring
    Friday 3 August 2012 | 0 comments | By: Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian PPD Samarahan

    Renang SUKBOM 2012...


    Pada 07 - 08 Julai 2012, Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknikal bagi Pertandingan Renang Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) peringkat kebangsaan bertempat di Kolam Renang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Unit Sukan telah melantik beberapa orang kakitangan daripada PPD Samarahan sendiri dan sekolah - sekolah di Daerah Samarahan bagi tujuan tersebut. Kami juga telah mendapatkan khidmat bantuan daripada Kota Samarahan Amateur Swimming Association (KOTAS) sebagai Pengadil.


    Walaupun terpaksa bertugas pada hujung minggu, namun semua yang terlibat telah memberi kerjasama yang baik dan komited dengan tugasan yang telah diberi. Kami daripada Unit Sukan, PPD Samarahan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat atas segala sokongan yang telah diberikan. Setinggi - tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Balai Bomba Batu Lintang yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menggalas tugas tersebut.